Thursday, May 29, 2014

INFO PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI JUN 2014



Tahniah dan selamat datang ke Politeknik METrO Kuantan. Berikut adalah maklumat terkini berkenaan urusan Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi Jun 2014.



Pendaftaran Pelajar Baharu & MSK
Tarikh: 16 Jun 2014 (Isnin)
Masa: 9.00 pg – 12.00 tghr
Tempat: Politeknik METrO Kuantan
Rupadiri: Kemas, Bersih, Sopan, Menutup Aurat dan Berambut Pendek (bagi pelajar lelaki)
Penginapan: Kolej Kediaman Pelajar TIDAK DISEDIAKAN



Pastikan anda telah menghantar Borang Jawapan Terima (BJT) dalam tempoh 14 hari selepas Keputusan Tawaran Politeknik diumumkan berserta salinan dokumen yang dikehendaki ke :-

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR,
POLITEKNIK METrO KUANTAN
A-5 JALAN TUN ISMAIL 2,
SRI DAGANGAN II,
25000 KUANTAN, PAHANG


Calon-calon dikehendaki memuat turun dokumen berikut:





Wednesday, May 21, 2014

Selamat Datang ke Politeknik METrO Kuantan

PENGENALAN

Politeknik METrO merupakan sebuah institusi pendidikan dan latihan bagi memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dan wilayah (local and regional socio-economic needs) dalam bidang tertentu terutamanya bagi keperluan sektor perkhidmatan (service industries) yang semakin meningkat, samada pada peringkat industri kecil dan sederhana (IKS) mahupun syarikat multinasional.

Penubuhan Politeknik METrO adalah seiring dengan agenda Transformasi Negara iaitu meningkatkan daya saing melalui pembangunan ekonomi berpendapatan tinggi terutamanya dalam aspek menjana modal insan yang serba boleh dan mampu berubah dalam persekitaran pasaran kerja yang dinamik. Sasaran pelajarnya ialah lepasan SPM dan golongan pekerja (working adults) yang memerlukan upskill dan re-skilling. Pembelajaran di Politeknik Metro akan mengutamakan kaedah Online virtual and Distance learning (OVDL) dalam kerangka e-learning. Kebanyakan tenaga pengajarnya adalah mereka yang mempunyai pengalaman industri.

KONSEP POLITEKNIK METrO

Merupakan sebuah institusi pendidikan dan latihan bagi memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dan wilayah dalam bidang industri yang berorientasikan perkhidmatan (SME& MNC)
Berkonsepkan boutique (differentiation that brings specialisation in the creation new courses and programmes)
Memenuhi keperluan industri dan program boleh berubah mengikut keperluan semasa.
Pendidikan Berasaskan Hasil (Outcome Based Education, OBE) yang memberi pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar.


CIRI POLITEKNIK METrO

Kemasukan fleksibel yang diurus secara autonomi tanpa melalui pengambilan pelajar secara berpusat.
Program yang mempunyai jangka masa dan kos pengajian yang fleksibel.
Pelajar daripada kalangan penduduk tempatan atau commuting students
Komposisi pelajar terdiri lepasan sekolah dan individu bekerjaya yang seimbang.


CIRI PROGRAM YANG DITAWARKAN

Mempunyai nilai pasaran tinggi
Cenderung kepada bidang pekerjaan yang menggunakan hemisfera otak kanan (right brain)
Mematuhi kompetensi professional /industri melalui pensijilan /pengijazahan
Mendapat akreditasi MQA
Penyampaian program yang fleksibel mengikut kemampuan pelajar
Penekanan kurikulum kepada latihan amali yang bersesuaian
Melibatkan komponen latihan dalam kerja


CIRI PELAJAR YANG DIHASILKAN

Berkemahiran dan berkeyakinan tinggi
Berpandangan global
Berkebolehpasaran tinggi
Berdaya keusahawanan
Versatile
Cekap berkomunikasi dalam sekurang-kurangnya dua bahasa termasuk bahasa Malaysia